Followers

30 Nov 2012

kata kata cinta untuk sem baru

assalamualaikum ya habibi ya maulana ~ kuikuikui, sudah lama diri ini tidak update entry baru, rindu tak rindu tak? ehehh :) besok da start sem baru, sem berapa dah ek? um kejap nak counting.... haa, sem 3 sudah, ahakss. maka pada sem ni aku harus lebih berusaha untuk mengejar ilmu baru yg agak susah katanya ngan kakak senioritaaa :D

um um, nak mengarut apa lagi yaaa =__=" ohh yaa, lupa nak cakap yg aku bersyukur sangat dijauhkan dari lelaki hipokrit itu, aduhaiii kecian aku kena tipu. hey awak semua, tolong cedih jugak ey? :3 tapi takpela, Allah telah menggantikan dengan yang jauhhhh lebih baik darinya. aceceee. mengenali latar belakang hidupnya terlebih dahulu, mendengar ceritanya dari dia kecik sampai dia besar, dan aku pun tak sangka orang yang aku luahkan cerita akhirnya hadir menyemai daun keladi dalam hatiku. wahahaha :)

eh eh, banyak juga topikku lari, kuikui. biasala lama tak menakalkan diri ini :P nak cakap apa lagi ek?? haaa, nak share semangat la untuk sem baru ni. bukan untuk aku je. untuk kamu, kamu dan juga kamu..hehe. in shaa Allah ada manfaatnya. let's see :)

1. gunakan kata-kata positif sentiasa, maka hidup kita akan lebih berdaya, semangat dan menceriakannnn :D
2. maafkan semua orang, dan sentiasa melemparkan senyumanmu walau tidak dipinta. kuikuikui
3. lupakanlah orang yang selalu cari pasal dengan kita, anggap itu satu cabaran untuk kita tunjuk kat dia yg kita boleh berjaya dan dia pun bangga dengan kita. atotototoooo :P
4. jadilah diri sendiri, tak perlulah jadi orang lain yaa?? kerana orang yang ikhlas nak kawan ngan kita akan terima semua kekurangan dan kelebihan kita :)
5. jaga ukhuwah dengan kawan-2 sebaik mungkin, seperti menjaga kuah didalam pinggan yang hampir tumpah. wakakaka, heheh takdela. jaga leklok hati kawan tu, jangan nak buat dia terasa hati yaa. takmao takmao :D
6. jangan tangguhkan assignment yaa, siapkan awal-2, takdela hantar sehelai sepinggan nanti, sebabnya projek aku pernah di reject begitu sajaa sebab buat kerja last minute *cedih*
7. jangan cepat marah bila ada yg mengkritik perangai awak, terima dengan open mind, dan ubahlah menjadi lebih baik :)

erm, malas dah nak menaip. wakakaka. okaylah, get ready nak masuk belajar balik besok. kepada budak UiTM yg seangkatan denganku, goodluck yaa untuk sem baru ni. dan untuk someone tu, I wish you luck.. like you said to me *study come first* . k ... PEACE OUTT ^__^

gambar ni takde kaitan langsung, hahahahhah.. bai